LOGO SEKOLAH

LOGO SEKOLAH SKPT

JATA : Berbentuk wau
Kuat, gigih dan berani berusaha dalam semua bidang pendidikan berteraskan iman serta iman serta nilai-nilai bangsa.
OBOR : Berbentuk colok yang sedang menyala berbatangkan pen
Ilmu pengetahuan akan memberi kemudahan dalam hidup. Guru sedia berkorban demi kemajuan dan kejayaan anak-anak didiknya.
LIMA BULATAN : Berbentuk rantai besi yang kukuh
Semangat bekerjasama yang erat dalam setiap aktiviti berpasukan yang berlandaskan rukun iman yang dengan izinNYa, akan membawa kejayaan.
GEAR : Berbentuk gear jentera berwarna merah
Pendidikan ke arah sains dan teknologi Berani, rajin dan gigih berusaha untuk mencapai kejayaan.
BUKU : Berbentuk buku terbuka berwarna kuning yang sedia untuk dibaca
Gigih dan rajin membaca akan dapat menambahkan ilmu pengetahuan dan akhirnya akan mencapai kejayaan.
PEN : Berbentuk batang obor berwarna putih
Rajin mencatat ilmu yang diperolehi dan mencetuskan idea yang mampu menyenangkan diri sendiri dan orang lain.
REBEN SUTERA : Reben sutera menatang jata
Kegagahan serta kekuatan jasmani untuk mendapatkan kejayaan bergantung kepada tahap ilmu dan iman yang ada pada seseorang murid.